Oleh: Kemilau Adiwarna
Namamu terukir di bibir,
Apabila fajar menyingkap tabir,
Bermula awal hingga akhir,
Indah namamu begitu kabir.
Apabila fajar menyingkap tabir,
Bermula awal hingga akhir,
Indah namamu begitu kabir.
Mulia peribadi seorang insan,
Ujaran penuh hikmah dan kesopanan,
Hamba-Nya yang tawaduk bijak tindakan,
Akhlak tinggi tidak tergantikan.
Ujaran penuh hikmah dan kesopanan,
Hamba-Nya yang tawaduk bijak tindakan,
Akhlak tinggi tidak tergantikan.
Mengagumi walau tak pernah bertemu,
Merindui walau tak pernah menatap,
Amatlah tinggi nilai cinta aku,
Damai hati menyebut namamu.
Merindui walau tak pernah menatap,
Amatlah tinggi nilai cinta aku,
Damai hati menyebut namamu.
Sirna resah hati,
Andika utama di hati,
Walau diri sentiasa diuji,
Walau dirobek iman yang suci.
Andika utama di hati,
Walau diri sentiasa diuji,
Walau dirobek iman yang suci.
Namamu seindah cintamu,
Agung dan setia hingga hujung nafasmu,
Bibir tiada henti menyebut umatmu,
Itulah tanda abadi kasihmu.
Agung dan setia hingga hujung nafasmu,
Bibir tiada henti menyebut umatmu,
Itulah tanda abadi kasihmu.
Aku ingin bersua muka,
Leka dalam sabda,
Leka meneroka ilmunya,
Apakan daya engkau pergi buat selamanya.
Leka dalam sabda,
Leka meneroka ilmunya,
Apakan daya engkau pergi buat selamanya.
Hidup tetap aku teruskan,
Sirahmu terus aku kenangkan,
Warisanmu terus aku perjuangkan,
Teguh imanmu menjadi ikutan.
Warisanmu terus aku perjuangkan,
Teguh imanmu menjadi ikutan.
Nabi Muhammad SAW nabi mulia,
Cintamu tiada batasnya,
Cintamu tiada batasnya,
Berkorban buat umatnya,
Kasih dan ajaranmu tinggi nilainya.
Kasih dan ajaranmu tinggi nilainya.
Namamu seindah pengorbananmu,
Namamu seindah jiwamu,
Namamu seindah kemuliaanmu,
Namamu seindah cintamu.
Namamu seindah jiwamu,
Namamu seindah kemuliaanmu,
Namamu seindah cintamu.
Sinar selawat menerangi hidup,
Hati tenang takkan redup,
Namamu dan Allah setiap degup,
Kekal hingga mata aku tertutup.
Hati tenang takkan redup,
Namamu dan Allah setiap degup,
Kekal hingga mata aku tertutup.
Puisi ini telah diterbitkan dalam majalah Tunas Cipta, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka pada bulan Disember 2019. Puisi ini menggambarkan perasaan cinta dan rindu yang tiada penghujung dalam diri penulis terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Keperibadian baginda yang mulia sememangnya wajar menjadi ikutan semua manusia.
Ulasan
Catat Ulasan