Oleh: Kemilau Adiwarna
Sedari silam ke marcapada,
Tutur si kecil hingga berida,
Tiada hilang tiada reda,
Berumbi pasti di tanah pusaka.
Tutur si kecil hingga berida,
Tiada hilang tiada reda,
Berumbi pasti di tanah pusaka.
Dahulu engkau harum mewangi,
Bak air mawar mandian si puteri,
Molek umpama si gadis sunti,
Terang bagaikan sinar mentari.
Bak air mawar mandian si puteri,
Molek umpama si gadis sunti,
Terang bagaikan sinar mentari.
Syahdunya sungguh tiada terhingga,
Setiap bibir menuturkan bicara,
Tiada mengira lapisan bangsa,
Semua bersatu jiwa sebahasa.
Setiap bibir menuturkan bicara,
Tiada mengira lapisan bangsa,
Semua bersatu jiwa sebahasa.
Engkau menghias syair harmoni,
Pantun nan indah tampak berseri,
Engkau menyulam hikayat bahari,
Menyentuh resap di sanubari.
Pantun nan indah tampak berseri,
Engkau menyulam hikayat bahari,
Menyentuh resap di sanubari.
Kini engkau mula tampak tercela,
Kesucian dirobek gegat bahasa,
Keindahanmu dipandang hina,
Digores insan tidak wibawa.
Kesucian dirobek gegat bahasa,
Keindahanmu dipandang hina,
Digores insan tidak wibawa.
Adakah molek dikau ditukar eja?
Adakah indah jika ditokok slanga?
Pejuangmu terbunuh jiwa dan raga,
Mengenang nasib engkau ternoda.
Adakah indah jika ditokok slanga?
Pejuangmu terbunuh jiwa dan raga,
Mengenang nasib engkau ternoda.
Engkau ibarat tiada berharga,
Santun dan lembut telah terlupa,
Tidak segagah dahulu kala,
Malah diinjak sehina-dina.
Santun dan lembut telah terlupa,
Tidak segagah dahulu kala,
Malah diinjak sehina-dina.
Wahai insan pewaris bangsa,
Bingkas membangun junjung semula,
Membentengi wasiat turunan kita,
Yang pernah terjunjung tinggi nilainya.
Bingkas membangun junjung semula,
Membentengi wasiat turunan kita,
Yang pernah terjunjung tinggi nilainya.
Jagalah seperti nyawa,
Sayangilah warisan umpama puspa,
Bahasa Melayu tuturan kita,
Berputik mekar seantero buana.
Sayangilah warisan umpama puspa,
Bahasa Melayu tuturan kita,
Berputik mekar seantero buana.
Puisi ini telah diterbitkan dalam majalah Pelita Bahasa pada bulan Disember 2018. Puisi ini menceritakan nasib bahasa Melayu yang mengalami cabaran dalam usaha pemartabatannya. Semoga puisi ini mampu memberikan kesedaran kepada seluruh masyarakat agar mencintai dan memartabatkan bahasa Melayu.
Ulasan
Catat Ulasan